Selasa, Disember 28, 2010

Bila Aku Tulis,Kau Baca

Maaf pada readers2 dan peminat2 semua...hekkkk....senyum2 simpul tali pusat  ckit sbb pasan lak ade peminat.
Aku belum sempat update blog ni. Inipun aku singgah sekejap nk bersihkan sawang2. Anyway trimas byk2 sbb walaupun dh sekian lama tak update readers2 sekalian masih setia mengunjungi blog  ni walaupun tuan rumah tiada di rumah. Alaaa...aku tauuu..korang nk skodeng2 gossip hangat aku la kan?nanti2 la aku apdet ye. byk nak citer ngan korang ni tp lom ade mase nk mengarang.

*nota hati: tak mau lembut2 lagi. nanti orang pijak kepala*Share

Khamis, Oktober 07, 2010

Entri Khas Untuk AWAK

awak....awak rasa dia tau tak saya sayang dia?sebab saya tak tau macam mana nak tunjukkan kasih sayang saya pada dia.
...bila saya tak ada nanti saya harap dia tak sunyi tanpa saya. saya tak nak dia rasa sunyi macam apa yang saya rasa masa dia tak ada depan mata saya.
awak...saya harap bila saya tak ada dia boleh berdikari. boleh buat semuanya sendiri sendiri. tak perlu lagi bantuan siapa siapa. saya tak mau dia rasa susah tanpa saya di sisi.
saya harap dia cepat jumpa seseorang yang boleh menghiburkan hati dia-yang boleh buat dia ketawa-yang boleh mengusap air matanya-yang boleh dijadikan tempat dia berkongsi suka dan duka. saya mahu dia jumpa dengan orang betul betul boleh ambil berat tentang dia. yang boleh dengar setiap ceritanya. yang boleh ketawa bersama. menangis pun bersama.
awak....saya betul betul harap dia boleh kuat tanpa saya. awak rasa dia boleh tak?


*notahati: tolong jaga diri baik baik bila saya tak ada nanti ya!*Share

Rabu, September 22, 2010

Hati Saya Tersenyum Untuk Awak

awak...
awak dah dapat pelangi awak. awak dah bahagia sekarang. satu hari nanti awak akan lupakan saya. nama saya, rupa saya, siapa saya pada awak. tapi saya tak kisah sebab saya tau, walaupun awak dah lupa saya...saya tetap takkan lupakan awak sebab awak sangat sangat berharga di hati saya. masa awak lupakan saya, saya tetap rasa bahagia sebab bahagia awak tu la juga bahagia saya. saya akan terus berdoa bahagia awak tu takkan pergi. akan awak dakap sampai hujung nyawa....




*peluk, senyum*Share

Khamis, Ogos 19, 2010

Hati Saya Hancur (Awak Tak Pernah Tahu)

Kata orang, kita akan lebih mudah terasa hati dengan orang yang rapat atau lebih tepat dengan orang yang kita sayang. Tak semestinya kekasih..kawan pun boleh jadi orang yang rapat dengan kita dan orang yang buat kita mudah terasa hati. Kita akan jadi terlebih sensitif bila dengan mereka ini. Kamu semua pernah rasa? Saya pernah. Ada satu ketika rasa sedih sangat sangat. Jujur saya katakan sampai sekarang saya masih lagi terluka dengan apa yang pernah dia lakukan. saya sendiri benci dengan ingatan tentang itu. kalau boleh saya nak padam terus dari ingatan saya tentang peristiwa yang menyakitkan itu. tapi saya tak tau kenapa sesekali peristiwa itu tetap melintas di ingatan. bila ia melintas saya rasa kecewa sangat2. kecewa dengan dia. kecewa dengan apa yang dia buat pada saya. rasa diperlakukan  seperti orang bodoh. seperti sampah.pagi pagi ketika di pejabat saya terima sms daripada dia:


Dia:    malm t kta ada pati mkn2 ya (malam nanti kita ada parti makan2 ya)
Saya:  ak d jemput ke? (aku dijemput ke?)
Dia:   Yala mst..kt bwh jela xtaw tmpt mana lg best..ada cdangn?(ya la mesti...kat bawah je la..tak tau tempat mana lagi best..ada cadangan?)

tujuan parti makan makan tu katanya untuk meraikan ulangtahun sahabat kami. lalu dengan harga sebuah persahabatan yang bagi saya terlalu amat tinggi nilainya tanpa berfikir panjang saya bersetuju walaupun telah saya maklumkan padanya ketika itu saya  berada dalam zon yang tidak gembira. ada sesuatu yang memberatkan akal fikiran saya. 

Apa yang sangat menyedihkan saya?sampai masanya tiba tiba dia pergi ke tempat lain. bergembira meraikan ulang tahun sahabat kami. saya ditinggalkan. tanpa apa apa kata. tak di beritahu pun majlis makan makan di kedai bawah itu di batalkan. tanpa minta maaf pun. cuma pergi. saya seperti sampah bukan?jadi salahkah bila saya rasa terlalu amat pedih?salahkah kalau sampai sekarang pun saya masih rasa kecewa-hampa-sukar melupakan?itu tak mengapa....saya fikir mungkin dia terlalu teruja untuk mengadakan 'surprise party' untuk sahabat kami. dia meraikannya bersama keluarga sahabat tersebut. mungkin keluarga sahabat yang mengundangnya lantas dia membatalkan janji dengan saya tanpa sempat memberitahu. saya cuba buang andaian yang bukan bukan tentang dia. cuba berfikir yang baik baik tentang dia. menerima dia semula. tapi ingatan itu tetap datang. setiap kali ingatan itu datang, hati saya pedih. hati saya sakit....rasa seperti ingin membuang dia dari hidup saya. rasa ingin pergi jauh dari dia. tapi bila melihat ketawa dia-mendengar jenaka dia-bersenda gurau dengan dia saya lupakan segala sakit saya. saya harapkan semasa ulangtahun saya dia juga akan buat seperti mana dia lakukan kepada sahabat kami. saya tidak mengharapkan dia meraikan dengan satu majlis yang besar. cukuplah sekadar keluar makan bersama sama.ada hadiah dari dia atau mungkin juga kad ucapan. sekali lagi hati saya hancur. bukan sahaja tanpa sambutan makan makan bersama-hadiah atau kad ucapan juga tiada. yang lebih perit tiada sebarang ucapan langsung. kata orang kami rapat. tapi bila di perlakukan seperti ini saya rasa dia tidak menganggap saya kawan rapat. saya saja yang perasan dia sayang saya.apa yang sudah jadi?kalau kamu di tempat saya, apa yang kamu lakukan?saya masih berlagak biasa. berlagak seperti tidak kisah walaupun kadang kadang saya rasa saya ingin menjerit biar dia tahu saya terluka. biarlah..saya masih meneruskan persahabatan kami seperti biasa. cuma sekarang ini ingatan itu agak kerap datang walaupun sudah puas saya halau. saya cuma sampah. tidak perlu harapkan ada orang yang memandang saya.

 *sedih-muram-kecewa*




::sms undangan makan dari dia masih dalam simpanan saya.biarlah....::


Share

Rabu, Ogos 04, 2010

Hujan-Matahari-Pelangi-Air mata-Satu janji

Tak tahu apa yang saya sudah buat. Saya mungkir janji. Saya hilang kewarasan. Saya berjanji untuk tidak putus asa dalam usaha saya menghadiahkan pelangi untuk dia. Pelangi yang boleh mengembalikan senyumannya. Bukan hanya dia, tapi sesiapa sahaja yang melihatnya. Setelah sekian lama mencari, saya masih gagal mendapatkan pelangi indah untuknya. Lalu saya terlintas untuk berpaling. Berputus asa mencari pelangi. Merasakan kecewa-rasa diri tidak berguna lantaran dia masih tetap berduka. Setiap pelosok saya selongkar. Pelangi itu masih tidak ada. Saya juga manusia biasa yang tak ada istimewanya. Punya rasa penat-punya rasa kecewa. Dengan adunan rasa penat dan kecewa itulah saya bertindak bodoh. Mujur saya cepat tersedar. Saya batalkan niat untuk berpaling lantas saya mengambil keputusan untuk teruskan langkah. Saya akan terus selongkar setiap pelusuk dunia untuk carikan pelangi buatnya. Satu masa nanti, pasti pelangi itu dalam genggaman saya-dalam pelukan dia. Saat itu dia pasti tersenyum gembira dan saya pula akan senyum bahagia. Buat masa ini, selagi pelangi itu belum saya jumpa, saya akan terus di sisinya-mengelap setiap titis air matanya-mendengar segala keluh kesahnya. Itu janji saya.




*Seketika saya teringat. Pelangi hanya muncul selepas hujan ketika sang mentari memancar terang. Air matanya itu hujan lantas saya perlu jadi mentari agar terhasilnya pelangi. Seandainya mentari putus asa, bagaimana pelangi akan menjelma?Share

Selasa, Ogos 03, 2010

Ada Yang Tak Mampu Diucap

Sudah lama tidak menulis di sini. Di satu ruang yang satu masa dulu jadi medan saya meluahkan segala rasa.
Bukan saya sudah punya ruang lain untuk meluahkan rasa saya. Masih banyak cerita yang ingin saya kongsi dengan ruang gelap ini. Tapi kisah kisah itu banyak yang sedih daripada gembira. Sedih kerana sekeliling saya ramai insan yang berendam air mata. Emosi saya turut terpengaruh melihatkan mereka. Mudah sungguh hati saya beradun sama rasa dengan apa yang mereka rasa. Mereka meluahkan rasa sedih mereka pada saya-menangis di bahu saya. Lalu saya luahkan di ruang ini. Mengalirkan air mata di sini kerana di depan mereka saya perlu kuat. Perlu senyum untuk mengembalikan senyuman mereka.

Ruang gelap ini akan tetap jadi tempat saya meluahkan segala rasa duka. Segala rasa suka saya luahkan pada yang bernyawa. Agar sama sama boleh berkongsi tawa. Tangis saya biar saya sendiri rasa kerana saya punya ruang sendiri untuk meluahkannya. Saya masih cukup kuat untuk menanggung sengsara. Buat insan insan yang terlalu saya sayangi-di luar sana-yang membaca-teruskan bercerita dengan saya. Saya masih mampu memikul sedih mu-dukamu-tangismu. Masih mampu mengusap rambut mu agar segala resah itu hilang. Saya masih ingin cuba membuat kamu ketawa-kembali senyum ceria. Semoga saya takkan putus asa.....


Walau apa cara sekalipun, saya tetap nak tengok kamu senyum :)
Share

Rabu, Jun 16, 2010

selamat tinggal kata saya-selamat jalan kata awak-selamat datang kata dia

entah macam mana mau menerangkan perasaan yang berbaur ini. dalam suka ada sayu. dalam gembira ada sedih. tak tau bagaimana mau mengadun segala rasa ini agar menjadi satu rasa yang menyenangkan. kata orang, bertemu kemudian berpisah tu perkara biasa. itu memang menjadi lumrah dalam hidup di dunia. saya mengerti yang itu. yang saya tak mengerti kenapa setelah kita senang dengan yang itu kita terpaksa meninggalkannya. kenapa setelah kita selesa bersama yang itu kita terpaksa berjauhan pula. kenapa tidak sebelum itu?meninggalkan sesuatu sebelum kita suka - sebelum kita selesa. bila sudah serasi dengan yang lama kenapa pula mesti menyesuaikan diri dengan yang baru.
.
.
.
.
.
.
.
.
awak, awak tau tak masa saya nak tinggalkan awak berat sangat hati saya. bila awak minta saya fikir betul betul tentang keputusan saya, saya rasa sedih sangat sangat. awak nampak saya senyum, ketawa. mesti awak ingat saya suka kan?mesti awak tak tau sebenarnya saya serba salah. saya keliru. betul ke keputusan yang saya buat?kalau keputusan saya silap macam mana?mesti awak tak tau setiap kali awak cakap yang kita baru saja bersama saya sudah mahu pergi, saya rasa sayu sangat sangat. mesti awak tak tau masa saya ucapkan selamat tinggal, kalau boleh saya mahu awak halang saya. larang saya pergi. tapi awak kata saya sudah dewasa, saya patut tahu buat keputusan sendiri. awak tak ada hak nak halang saya sebab ini melibatkan masa depan saya. saya tau awak bagi hint macam macam supaya saya ubah keputusan saya. tapi saya buat buat tak faham. saya mahu awak terus terang halang saya, bukan dengan kata kata awak yang tersirat tu. hari tu entah berapa kali awak pesan pada saya supaya selalu selalu datang lawat awak. saya angguk tapi saya tak tau saya dapat tunaikan permintaan awak atau tak. maafkan saya kalau saya tak dapat tunaikan permintaan awak. masa awak peluk saya, saya rasa betul betul sayu. rasa macam tak mau pergi tapi saya dah buat keputusan, saya tak boleh patah balik. masa saya  tinggalkan awak sendirian di situ saya rasa kalau masa boleh diputar semula, saya nak tukar keputusan saya. saya nak pilih awak sebab saya tau awak baik, saya tau awak boleh buat saya selesa. tapi saya dah pilih dia. dia sedang menunggu saya di sana. saya sudah berjanji untuk bersama dia. bukan saya pentingkan diri sendiri tapi saya tak boleh mungkir janji. awak pun tak mahu saya mungkir janji kan?lagipun awak kenal dengan pilihan baru saya. mesti awak tahu kenapa saya pilih dia. bukan sebab awak tak baik. awak dan dia ada kelebihan masing masing. tapi saya mesti pilih satu. saya tidak boleh jadi tamak. sekarang saya sudah bersama dia tapi saya selalu ingat pada awak. saya gembira bersama dia dan saya harap awak pun gembira tanpa saya di sisi awak. cuma satu yang saya mau awak janji pada saya, awak jangan lupakan saya sebab saya akan terus ingat awak sampai bila bila......

*sayu*

selamat tinggal JKWP KL
*rasa macam ada batu besar di kaki saya waktu saya melangkah meninggalkan awak*
Share