Khamis, Ogos 19, 2010

Hati Saya Hancur (Awak Tak Pernah Tahu)

Kata orang, kita akan lebih mudah terasa hati dengan orang yang rapat atau lebih tepat dengan orang yang kita sayang. Tak semestinya kekasih..kawan pun boleh jadi orang yang rapat dengan kita dan orang yang buat kita mudah terasa hati. Kita akan jadi terlebih sensitif bila dengan mereka ini. Kamu semua pernah rasa? Saya pernah. Ada satu ketika rasa sedih sangat sangat. Jujur saya katakan sampai sekarang saya masih lagi terluka dengan apa yang pernah dia lakukan. saya sendiri benci dengan ingatan tentang itu. kalau boleh saya nak padam terus dari ingatan saya tentang peristiwa yang menyakitkan itu. tapi saya tak tau kenapa sesekali peristiwa itu tetap melintas di ingatan. bila ia melintas saya rasa kecewa sangat2. kecewa dengan dia. kecewa dengan apa yang dia buat pada saya. rasa diperlakukan  seperti orang bodoh. seperti sampah.pagi pagi ketika di pejabat saya terima sms daripada dia:


Dia:    malm t kta ada pati mkn2 ya (malam nanti kita ada parti makan2 ya)
Saya:  ak d jemput ke? (aku dijemput ke?)
Dia:   Yala mst..kt bwh jela xtaw tmpt mana lg best..ada cdangn?(ya la mesti...kat bawah je la..tak tau tempat mana lagi best..ada cadangan?)

tujuan parti makan makan tu katanya untuk meraikan ulangtahun sahabat kami. lalu dengan harga sebuah persahabatan yang bagi saya terlalu amat tinggi nilainya tanpa berfikir panjang saya bersetuju walaupun telah saya maklumkan padanya ketika itu saya  berada dalam zon yang tidak gembira. ada sesuatu yang memberatkan akal fikiran saya. 

Apa yang sangat menyedihkan saya?sampai masanya tiba tiba dia pergi ke tempat lain. bergembira meraikan ulang tahun sahabat kami. saya ditinggalkan. tanpa apa apa kata. tak di beritahu pun majlis makan makan di kedai bawah itu di batalkan. tanpa minta maaf pun. cuma pergi. saya seperti sampah bukan?jadi salahkah bila saya rasa terlalu amat pedih?salahkah kalau sampai sekarang pun saya masih rasa kecewa-hampa-sukar melupakan?itu tak mengapa....saya fikir mungkin dia terlalu teruja untuk mengadakan 'surprise party' untuk sahabat kami. dia meraikannya bersama keluarga sahabat tersebut. mungkin keluarga sahabat yang mengundangnya lantas dia membatalkan janji dengan saya tanpa sempat memberitahu. saya cuba buang andaian yang bukan bukan tentang dia. cuba berfikir yang baik baik tentang dia. menerima dia semula. tapi ingatan itu tetap datang. setiap kali ingatan itu datang, hati saya pedih. hati saya sakit....rasa seperti ingin membuang dia dari hidup saya. rasa ingin pergi jauh dari dia. tapi bila melihat ketawa dia-mendengar jenaka dia-bersenda gurau dengan dia saya lupakan segala sakit saya. saya harapkan semasa ulangtahun saya dia juga akan buat seperti mana dia lakukan kepada sahabat kami. saya tidak mengharapkan dia meraikan dengan satu majlis yang besar. cukuplah sekadar keluar makan bersama sama.ada hadiah dari dia atau mungkin juga kad ucapan. sekali lagi hati saya hancur. bukan sahaja tanpa sambutan makan makan bersama-hadiah atau kad ucapan juga tiada. yang lebih perit tiada sebarang ucapan langsung. kata orang kami rapat. tapi bila di perlakukan seperti ini saya rasa dia tidak menganggap saya kawan rapat. saya saja yang perasan dia sayang saya.apa yang sudah jadi?kalau kamu di tempat saya, apa yang kamu lakukan?saya masih berlagak biasa. berlagak seperti tidak kisah walaupun kadang kadang saya rasa saya ingin menjerit biar dia tahu saya terluka. biarlah..saya masih meneruskan persahabatan kami seperti biasa. cuma sekarang ini ingatan itu agak kerap datang walaupun sudah puas saya halau. saya cuma sampah. tidak perlu harapkan ada orang yang memandang saya.

 *sedih-muram-kecewa*




::sms undangan makan dari dia masih dalam simpanan saya.biarlah....::


Share

Rabu, Ogos 04, 2010

Hujan-Matahari-Pelangi-Air mata-Satu janji

Tak tahu apa yang saya sudah buat. Saya mungkir janji. Saya hilang kewarasan. Saya berjanji untuk tidak putus asa dalam usaha saya menghadiahkan pelangi untuk dia. Pelangi yang boleh mengembalikan senyumannya. Bukan hanya dia, tapi sesiapa sahaja yang melihatnya. Setelah sekian lama mencari, saya masih gagal mendapatkan pelangi indah untuknya. Lalu saya terlintas untuk berpaling. Berputus asa mencari pelangi. Merasakan kecewa-rasa diri tidak berguna lantaran dia masih tetap berduka. Setiap pelosok saya selongkar. Pelangi itu masih tidak ada. Saya juga manusia biasa yang tak ada istimewanya. Punya rasa penat-punya rasa kecewa. Dengan adunan rasa penat dan kecewa itulah saya bertindak bodoh. Mujur saya cepat tersedar. Saya batalkan niat untuk berpaling lantas saya mengambil keputusan untuk teruskan langkah. Saya akan terus selongkar setiap pelusuk dunia untuk carikan pelangi buatnya. Satu masa nanti, pasti pelangi itu dalam genggaman saya-dalam pelukan dia. Saat itu dia pasti tersenyum gembira dan saya pula akan senyum bahagia. Buat masa ini, selagi pelangi itu belum saya jumpa, saya akan terus di sisinya-mengelap setiap titis air matanya-mendengar segala keluh kesahnya. Itu janji saya.




*Seketika saya teringat. Pelangi hanya muncul selepas hujan ketika sang mentari memancar terang. Air matanya itu hujan lantas saya perlu jadi mentari agar terhasilnya pelangi. Seandainya mentari putus asa, bagaimana pelangi akan menjelma?Share

Selasa, Ogos 03, 2010

Ada Yang Tak Mampu Diucap

Sudah lama tidak menulis di sini. Di satu ruang yang satu masa dulu jadi medan saya meluahkan segala rasa.
Bukan saya sudah punya ruang lain untuk meluahkan rasa saya. Masih banyak cerita yang ingin saya kongsi dengan ruang gelap ini. Tapi kisah kisah itu banyak yang sedih daripada gembira. Sedih kerana sekeliling saya ramai insan yang berendam air mata. Emosi saya turut terpengaruh melihatkan mereka. Mudah sungguh hati saya beradun sama rasa dengan apa yang mereka rasa. Mereka meluahkan rasa sedih mereka pada saya-menangis di bahu saya. Lalu saya luahkan di ruang ini. Mengalirkan air mata di sini kerana di depan mereka saya perlu kuat. Perlu senyum untuk mengembalikan senyuman mereka.

Ruang gelap ini akan tetap jadi tempat saya meluahkan segala rasa duka. Segala rasa suka saya luahkan pada yang bernyawa. Agar sama sama boleh berkongsi tawa. Tangis saya biar saya sendiri rasa kerana saya punya ruang sendiri untuk meluahkannya. Saya masih cukup kuat untuk menanggung sengsara. Buat insan insan yang terlalu saya sayangi-di luar sana-yang membaca-teruskan bercerita dengan saya. Saya masih mampu memikul sedih mu-dukamu-tangismu. Masih mampu mengusap rambut mu agar segala resah itu hilang. Saya masih ingin cuba membuat kamu ketawa-kembali senyum ceria. Semoga saya takkan putus asa.....


Walau apa cara sekalipun, saya tetap nak tengok kamu senyum :)
Share