Jumaat, Mac 26, 2010

Sebuah puisi di hari lahirmu

 
Semalam cinta hati saya bisikkan lagi kata itu
dia kata dia terlalu takut kehilangan saya
kebahagiaan dia ada pada saya
terharu sungguh saya
rasa nak menitis air mata
selain keluarga saya, dialah satu satunya yang terlalu amat sayang saya
apa kemahuan saya dia turutkan
katanya asalkan saya gembira, dia bahagia
kerana bahagia dia ada pada saya
kalau saya tinggalkan dia, hilanglah bahagia dia
cuba saya uji dia
kata saya mungkin bahagia dia ada juga pada orang lain
katanya dia terlalu amat bahagia bersama saya
tidak perlu lagi bahagia dengan yang lain
sayunya rasa....
terasa saya terlalu dihargai
rasanya sayalah orang yang paling bertuah
dalam ramai-ramai wanita dalam dunia ini dia pilih saya
untuk dicurahkan kasihnya
terasa macam kami berjalan atas pelangi
semakin dalam sayang saya pada dia

 saya bukan baru kenal dia
sudah lebih sedekad kami bersama
banyak kenangan kami kutip sepanjang perjalanan
yang pahit ada manis pun ada
macam macam dugaan yang kami jumpa
tapi kami tak pernah putus asa
kerana  saya dan dia yakin kalau cinta kita suci..........
....satu hari nanti pasti bahagia bersama

katanya dia tak mahu cinta sampai hujung nyawa
kerana dia mahu cinta ini kami bawa sampai ke syurga
di sana nanti dia mahu saya jadi bidadarinya
kerana di dunia saya sudi jadi suri hidupnya
suci sungguh niat dia  kan?

biarlah orang nak kata apa
yang penting kami bahagia bila bersama
ceria saya ketawa dia
sedih saya tangis dia
gembira saya bahagia dia

dia tidak punya apa apa
dia hanya orang biasa biasa
tapi bagi saya dia punya segalanya
biarlah kami hias istana ini dengan cara kami sendiri
kerana kamu semua tidak rasa apa yang kami rasa.....

buat cinta hati yang saya sayangi
yakinlah kasih ini tak pernah terbahagi
segala ikrar janji selama ini
semuanya tulus dari hati...........yang suci
SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA KITA SENTIASA DALAM RAHMAT YANG MAHA ESA





:: hadiah En. Fiance belum beli lagi. Haish.....bagi hati je la.
bolehkan? ::Share

Khamis, Mac 25, 2010

Kalau dah jodoh.....

 
Pagi ini saya nampak bengkak matanya. Katanya semalaman dia menangis. Semakin dia menghampiri hari bahagianya semakin hebat dia diduga. Semakin tertekan perasaannya-semakin gundah hatinya-semakin galau fikirannya. Kata-kata rakan sepejabatnya amat menguji kesabarannya. Kekasih hatinya-bakal suaminya diremehkan.

Wahai kawan sepejabat sahabat saya,

Salahkah seandainya jodoh yang ditetapkan olehNya seorang yang tidak tinggi pelajarannya-tidak hebat kerjanya-kurang kacak wajahnya. Mungkin bagi kamu lelaki itu tiada apa-apa tapi bagi dia lelaki itulah yang bijaksana-yang hebat kerjanya-yang paling manis dimatanya. Bukan semua dijodohkanNya dengan lelaki lelaki bertaraf jurutera-arkitek-doktor. Tidak semua yang bertuah memiliki suami yang memandu BMW-Mercedez Benz-kereta mewah.

Wahai rakan sepejabat sahabat saya,

Bahagia yang kita cari tak sama. Bahagia bagimu ialah ketika kamu dilimpahi wang ringgit berkepuk di kocek-membeli belah barangan mewah yang bukan semua mampu. Tapi bagi kami yang biasa biasa ini bahagia ialah ketika kami dilimpahi kasih sayang-walaupun tidak dimanja dengan wang ringgit-barangan mewah tapi kami masih boleh ketawa. Ketawa yang ikhlas dari hati. Ketawa yang terluah kerana kebahagiaan yang kami rasa. Bukan ketawa kerana melihat ada orang yang buruk pakaiannya-busuk peluhnya-comot wajahnya. Tapi kamu ketawa kerana itukan?Itu ketawa orang orang kaya. Bukan ketawa kami yang tiada apa apa.

Wahai rakan sepejabat sahabat saya,

Saya terpanggil untuk membela sahabat saya kerana saya rasa terlalu amat tesentuh dengan kata-kata yang kamu luahkan pada dia. Kamu tahu hari bahagianya akan tiba kurang lebih satu bulan saja lagi. Tergamak pula kamu meracun fikirannya untuk mencari lelaki yang kononnya lebih baik dari bakal suaminya-yang hebat kerjanya-yang lebih kacak wajahnya. Dia sudah cukup tertekan perasaannya untuk membuat persiapan hari bahagianya. Saban malam diluahkan kerisauannya. Kami sudah tinggal sebumbung hampir sedekad. Sudah saya maklum sedihnya-gembiranya-kesukaannya-ketakutannya. Berapa lama pula kamu mengenalinya?Layakkah kamu menentukan jalan hidupnya? Jika kamu benar-benar sahabatnya, hiburkanlah hatinya bukan menambah galau perasaannya. Saya faham apa yang dia rasa kerana En. Fiance saya juga bukanlah orang yang termasuk dalam kategori lelaki hebat kamu. En. Fiance saya sangat biasa biasa yang bagi orang lain dia tidak punya apa apa tapi bagi saya dia memiliki segalanya. Dialah destinasi bahagia saya. Jadi sekali lagi saya mohon, janganlah kamu memandang rendah pada kami yang biasa biasa ini kerana tingginya darjat manusia itu bukanlah dari harta mewah yang dimilikinya tapi dari luhur hatinya.





:: Rindu pada En. Fiance saya ::



notakaki: Esok hari lahir En. Fiance. Mau beri hadiah apa ya?
Share

Rabu, Mac 24, 2010

Pengemis itu A.K.U

Aku lah si pengemis itu
Si pengemis yang tamak
Walau berjuta pemberianMU
Walau berlimpah pinjamanMU
Tetap aku mengemis, merayu
Meminta-minta cintaMU....






:: syahdu ::Share

Selasa, Mac 16, 2010

Anda semua, tolong ingatkan saya bila saya lupa ya!

Situasi 1

Hari/Waktu : Ahad/Petang
Lokasi : Starbucks, Mid Valley

Saya:  (Merungut) Hmmmmph...esok keje la...
En. Fiance:  dah tu?keje je la...
Saya:  Gaji?
En. Fiance:  Gaji belum dapat...
Saya:  Memang la belum dapat...(Gelak) bukan pasal dah dapat ke belum...hmmmphhh...sikit la...
En. Fiance:  Cuba la belaja bersyukur. Dulu masa mula-mula keje gaji rm750 je kan?duduk rumah yang sama, bilik yang sama. masa tu syer bilik dua orang. Cukup gak. Lepas tu keje kat KL sentral, gaji rm1200. Duduk rumah yang sama, bilik yang sama, orang yang sama lagi. Cukup gak. Lepas tu keje kat IKU, gaji rm1800. Pegi keje jalan kaki je. Duk rumah yang sama, bilik yang sama lagi. Orang je tambah sorang. Sama jugak.Sekarang duduk rumah yang sama lagi. Orang pun tambah lagi. Macam mana boleh tak cukup pulak?Kalau kita bersyukur, rezeki yang sikit pun kita rasa banyak. Gaji kecik pun kita rasa besar. 

*Sedang saya khusyuk mendengar ceramah percuma dari En. Fiance tiba-tiba mata saya terpandang seorang lelaki dengan sebuah karung plastik di bahunya. Entah kenapa lelaki itu menarik perhatian saya. Dengan pakaian yang kotor, kulit gelap, secara tiba-tiba dia menghampiri salah satu meja berhampiran saya yang baru ditinggalkan dua orang pelanggan berbangsa Cina. Dan dengan pantas...ZAPP!!! air yang masih ada separuh  dalam gelas yang ditinggalkan pelanggan tadi disambar. Saya nampak lelaki itu menyedut air tersebut dengan penuh nikmat.Saya terkelu*
.
.
.
.
.
.
Ketika saya masih merungut tentang ketidakpuasan hati terhadap gaji saya yang saya rasa kecil-tidak cukup-saya lupa saya masih mampu bersantai di Starbucks Cafe. Ada orang yang lebih susah, tapi mereka masih mampu tersenyum walau pun terpaksa menunggu sisa dari orang lain untuk menghilangkan dahaga.

Situasi 2

Hari/Waktu: Isnin/Pagi
Lokasi: Pejabat

Saya: Kak, ni ade surat.
Kak Long: O..ni surat kontrak pekerja-pekerja sambilan.
(Sambil dia dan saya membelek-belek nama yang tersenarai)
Saya: Eh?R1 pun ade sambilan?
Kak Long: Ade...ni ramai kat bahagian vektor. Ramai nak pakai orang untuk buat fogging aedes.
Saya: Ish...agaknye sehari berapa la gaji diorang ni kan kak?
Kak Long: Entah la....kenapa?
Saya: Ye la....saya ni pun saya rasa sikit sangat...diorang ni lagi la kesian. Hmmph...R1
Kak Long: Nak buat macam mana, itu rezeki diorang.

*Ya Tuhan...tiba-tiba saya rasa saya sangat beruntung. Ketika saya masih cuba menyuarakan ketidakpuasan hati tentang gaji, Tuhan masih tunjukkan pada saya ada orang yang hidupnya lebih susah. Ketika saya rasa sayalah orang yang paling perlu berjimat-cermat, ada orang yang terpaksa mengikat perut.Ampunkan saya, ya Allah*
.
.
.
.
.
.
.
*******

Kerana sudah lama berada di atas tiada salahnya pabila DIA menghantar kita ke bawah untuk merasai kesusahan orang lain.

~Lalu air mata saya mengalir ketika saya mengadap Tuhan lewat Zohor tadi. Saya malu padaNya. Saya tidak bersyukur dengan apa yang DIA beri. Nasihat mak serasa bergema melantun di dinding musolla. "Sabar...sabar...nanti mesti ada rezeki yang lebih baik", merdu sekali suara mak.~


notakaki: Kawan-kawan, bila saya jumpa kamu dan saya masih merungut tentang gaji, tolong ingatkan saya, ya?saya tak mahu merungut lagi.Saya mahu belajar bersyukur.

Share

Sabtu, Mac 13, 2010

Salam untuk mak

Minggu lepas saya balik kampung.Minggu sebelumnya pun saya balik.Minggu minggu sebelum tu pun sama.Maksudnya tiga minggu berturut-turut saya balik. Jengok mak, abah kat kampung. Minggu ni saya tak balik. Ada urusan yang nak dibereskan.Kawan-kawan sebilik semua balik, tinggal saya dengan adik je. Pagi ni adik ade  MTest.Tinggal la saya sorang. Rindu sangat dengan mak. Dengan abah pun rindu jugak.
Kawan-kawan selalu tanya saya rapat dengan mak ke abah?Walaupun mak dengan abah tak dengar apa jawapan saya, tapi saya tetap bagi tau mereka  saya sayang dua dua. Mak cakap masa kecik kecik saya paling rapat dengan abah. Tapi bila besar saya lebih rapat dengan mak.Sebab hal-hal perempuan  saya segan nak cerita pada abah. Mak la tempat saya luahkan segala perasaan.
Mak cukup faham diri saya. Kegemaran saya, ketakutan saya, kegembiraan saya, kesedihan saya, semua mak tau. Mak selalu kata selera makan saya sama macam abah. Suka makan masak lemak cili api. Sebenarnya saya suka semua yang mak masak. Kalau mak jadi chef, mesti mak lebih hebat dari Chef Wan sebab bagi saya, Mak la tukang masak paling hebat dalam planet ni. Bila saya lama tak balik kampung (2 minggu tak balik pun saya rasa sangat lama), saya akan hilang selera makan. Saya selalu cakap kat mak makanan kat KL ni tak sedap macam mak masak.Masak lemak cili api langsung tak sama macam yang mak buat. Bila saya balik kampung, saya makan banyak. Saya selalu salahkan mak sebab masak sedap-sedap. Mak senyum aje.Mak tau saya gurau.
Hari tu abah beli ikan sungai. Balik dari pasar abah terus panggil saya, bagi ikan tu.Dalam rumah tu saya dengan abah je yang suka sangat makan ikan sungai. Mak masak ikan yang abah beli. Sedap sangat. Saya dengan abah makan selera sangat. Mak dengan adik pun makan juga tapi tak macam saya dengan abah makan. Saya makan dengan sangat gembira.Terima kasih abah sebab belikan saya ikan sungai. Terima kasih mak sebab tolong masak ikan tu sampai jadi sedap yang teramat sangat.
Lepas tu mak ajar adik masak kari ikan.Makanan kegemaran saya juga.Mak tak suruh saya masak sebab mak tau saya tak suka memasak.Lagi pun memang adik yang beria-ia nak masak hari tu.Saya tambah nasi sampai empat kali(eh...lima kot?tak ingat).kari ikan adik masak sama macam mak buat.Lepas tu mak suruh saya pula belajar masak sebab tak lama lagi saya nak kawin.
Kadang-kadang saya terfikir, bila mak tak ada lagi macam mana dengan saya?Boleh ke saya teruskan hidup saya tanpa mak?Bila saya rasa makanan di KL tak sedap mana saya nak pergi?Ada ke tempat yang rasa makanannya sama dengan rasa yang mak masak?Bila fikirkan itu saya rasa takut.
Kalau mak tak ada, pada siapa saya nak ceritakan masalah saya?Selain berbakat jadi tukang masak, mak pun boleh jadi kaunselor yang lebih hebat dari Dr. Fadzillah Kamsah.Apa pun masalah saya mak mesti boleh selesaikan. Macam mana sedih pun saya mesti mak dapat ceriakan.
Kalau mak tak ada, saya nak mengadu pada siapa bila saya sakit?Mak juga tabib yang terhandal. Apa pun kesakitan saya, mak ada penawarnya. Saya tak perlukan ubat-ubat Dr. Cukuplah dengan belaian lembut mak, senyuman mak, kata-kata mak.Dengar suara mak aje lenyap segala kesakitan yang saya tanggung.
Bila mak tak ada, pada siapa saya nak ceritakan keluh kesah gundah gulana bila saya ada masalah di pejabat?Mak memang pendengar yang sangat setia. Mak pakar motivasi yang paling hebat dalam dunia.Lepas bercerita dengan mak saya biasanya terus bersemangat semula. Hilang semua masalah dalam kepala.
Takut sangat nak tempuhi hidup tanpa Mak.Saya tahu setiap yang bernyawa pasti pergi tak kembali.Tapi saya mohon pada Tuhan, pangjangkan umur mak saya. Beri kesihatan pada dia. Kalau dia harus menanggung kesakitan, saya rela gantikan tempatnya. Biarlah saya sakit asalkan mak sihat dan gembira. Sebab saya kan ada tabib yang terhandal dunia. Kalau dia harus menanggung kesedihan, pindahkan saja pada saya. Sebab saya ada pakar motivasi hebat yang tiada taranya. Tuhan, tolong berikan yang baik-baik saja ada mak saya. Pada abah pun sama. Saya mohon ni. Tuhan, bantu saya ya?













Dalam dunia ini, saya paling sayang pada mereka.







*duhai air mata, tolonglah berhenti mengalir seketika, saya ingin berblog nih*Share

Khamis, Mac 11, 2010

Bila Kak Long Bercuti.....

Pelik sangat hari ni....

Ada rasa sunyi
Campur rasa bosan
Tambah dengan rasa seperti kehilangan
Tak dengar suara dia bising-bising
Tak ada orang lalu-lalang depan meja saya
Tak ada orang yang sekejap-sekejap datang nak tumpang print di tempat saya
Tak ada orang yang minta tolong itu ini dari saya
Tak ada suara yang menyanyi menghiburkan hati sendiri dari bilik dia (mungkin dia fikir suara dia tak sampai keluar)
Tak ada tempat saya nak mengadu hal-hal kerja yang kadang-kadang buat saya bingung
Tak ada tempat saya nak bertanya tentang banyak perkara yang saya belum faham pasal pejabat ini
Tak ada orang yang dapat saya panggil bila ada orang telefon nak bercakap dengan bos, bos pula tak ada
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bosannya tengok pintu bilik tu tutup sepanjang hari ni.
aishh.....kenapa la Kak Long cuti pulak ari ni.....

Esok pintu ini akan terbuka kembali...

p/s: Baru beberapa minit tadi Kak Long telefon. Esok dia masuk kerja. Tau-tau je Kak Long ni orang tulis pasal dia. Hehehe.....Share

Isnin, Mac 08, 2010

Cerita dari Mak saya

Saya: Mak, kalo keje ni tak berbaloi macam mana?

Mak:  tak berbaloi macam mana?kalo tak kerja, ddk rumah tu berbaloi ke?".


*Senyum*

Saya: Duduk rumah tak payah keluar duit. Keje kene bayar tambang, makan lagi. Kalo gaji sikit, tak cukup mcm mn?

Mak : Kalo tak nak keje balik kg, duk umah tolong mak meniage. Mak bg sehari sepuluh inggit. Boleh?

*Pandai mak buat tawar menawar. Saya senyum lagi*

Saya: Sehari seploh inggit mana cukup mak...hu..
Mak: Tau pun tak cukup. Abis tu kalo tak keje, duk KL tu mcm mana nk bayar sewa umah, makan....keje je la sementara, nanti dah dapat keje lain berenti. Dripada tak keje tu langsung tak dapat pape. Kau kire untung la keje macam tu. Duduk dalam pejabat, ade aircond, kerusi pusing2. Ade orang tu....

*Mak mula kisahkan satu persatu ceita untuk menginsafkan saya*

Kisah satu: 
Cube tgk pakcik dot dot tu. smlm die datang makan satey mak dgn keluarga die. masa nak bayar tu die teraba raba poket cari duit kecik.
Mak: ai...tokey besar takkan takde duit kecik kot?
Pakcik dot dot: mane ade duit kak...gaji saya pun rm1200 je sebulan.
Mak: ish...takkan untung besar gaji rm1200 je?
Pakcik dot dot: betul....duit niage tu nak bayar sewa kedai lagi, gaji pekerja lagi. duit gaji saya ni plak nak bayar keta, umah, bil2, semua saya kene bayar.

Kisah dua:
Budak yang keje kat kedai makan tempat mak meniage tu bersengkang mate sampai tak tdo dua hari. sehari keje upah rm20. lagi teruk keje die kene buat. sampai die migrain teruk sbb tak cukup rehat. Semata-mata nak dapatkan upah rm20 tu.kesian kan?

Kisah tiga:
Dulu Mr. B tu keje. gaji mula2 rm900 je. lagi teruk kene ulang alik dari seremban ke KL. nak bayar duit umah lagi, anak bini lagi.sanggup ulang alik naik motor plak tu.

Saya: ala mak...die keje zaman bile?
Mak: Zaman bile ape plak?zaman sekarang la. kalo zaman abah ko keje dulu lagi teruk. gaji sebulan rm60 je.
Duit tu la yg nak sekolahkan korang, nak makan lagi, bil api air lagi.


ok mak....dah insaf dah ni...huhuhu....


nota kaki: semua watak yang mak cerita tu org2 sekeliling saya. cerita itu memang pernah saya dengar tapi selalu juga saya lupe.

Bila saya rasa saya yang paling susah....mak selalu ingatkan saya rupa2nya ade orang lain yang lagi susah.Share

Khamis, Mac 04, 2010

Ansangkarabel

dalam dunia ni memang macam2 blh jd. selalu juga sesuatu itu datang tanpa disangka. dah 2 bulan saya makan, tido, dating, shoping. boleh buat bile2 masa tanpa terikat dengan waktu kerja. tiba2 pagi ni saya dh jadi pekerja semula. bangun pagi ni dengan niat nk temuduga. rupa2nya saya kne terus start keje. wargh!!!!!!tamat la sudah masa utk berpoya-poya.

ape2 pon mekasih pada bangah yg dh pass my resume pd kak long. mekasih kak long yang pass my resume pada unit sumber manusia. mekasih you all yg terlibat dengan konspirasi menamatkan zaman pengangguran ku ini. warghhhh!!!!!

nota kaki::  kak long pasang radio stesen ape tu?syahdu je dgr dari luar nih. tetibe rasa rindu pd sesuatu yg saya sendiri tak pasti apa itu.

Share