Selasa, Mac 16, 2010

Anda semua, tolong ingatkan saya bila saya lupa ya!

Situasi 1

Hari/Waktu : Ahad/Petang
Lokasi : Starbucks, Mid Valley

Saya:  (Merungut) Hmmmmph...esok keje la...
En. Fiance:  dah tu?keje je la...
Saya:  Gaji?
En. Fiance:  Gaji belum dapat...
Saya:  Memang la belum dapat...(Gelak) bukan pasal dah dapat ke belum...hmmmphhh...sikit la...
En. Fiance:  Cuba la belaja bersyukur. Dulu masa mula-mula keje gaji rm750 je kan?duduk rumah yang sama, bilik yang sama. masa tu syer bilik dua orang. Cukup gak. Lepas tu keje kat KL sentral, gaji rm1200. Duduk rumah yang sama, bilik yang sama, orang yang sama lagi. Cukup gak. Lepas tu keje kat IKU, gaji rm1800. Pegi keje jalan kaki je. Duk rumah yang sama, bilik yang sama lagi. Orang je tambah sorang. Sama jugak.Sekarang duduk rumah yang sama lagi. Orang pun tambah lagi. Macam mana boleh tak cukup pulak?Kalau kita bersyukur, rezeki yang sikit pun kita rasa banyak. Gaji kecik pun kita rasa besar. 

*Sedang saya khusyuk mendengar ceramah percuma dari En. Fiance tiba-tiba mata saya terpandang seorang lelaki dengan sebuah karung plastik di bahunya. Entah kenapa lelaki itu menarik perhatian saya. Dengan pakaian yang kotor, kulit gelap, secara tiba-tiba dia menghampiri salah satu meja berhampiran saya yang baru ditinggalkan dua orang pelanggan berbangsa Cina. Dan dengan pantas...ZAPP!!! air yang masih ada separuh  dalam gelas yang ditinggalkan pelanggan tadi disambar. Saya nampak lelaki itu menyedut air tersebut dengan penuh nikmat.Saya terkelu*
.
.
.
.
.
.
Ketika saya masih merungut tentang ketidakpuasan hati terhadap gaji saya yang saya rasa kecil-tidak cukup-saya lupa saya masih mampu bersantai di Starbucks Cafe. Ada orang yang lebih susah, tapi mereka masih mampu tersenyum walau pun terpaksa menunggu sisa dari orang lain untuk menghilangkan dahaga.

Situasi 2

Hari/Waktu: Isnin/Pagi
Lokasi: Pejabat

Saya: Kak, ni ade surat.
Kak Long: O..ni surat kontrak pekerja-pekerja sambilan.
(Sambil dia dan saya membelek-belek nama yang tersenarai)
Saya: Eh?R1 pun ade sambilan?
Kak Long: Ade...ni ramai kat bahagian vektor. Ramai nak pakai orang untuk buat fogging aedes.
Saya: Ish...agaknye sehari berapa la gaji diorang ni kan kak?
Kak Long: Entah la....kenapa?
Saya: Ye la....saya ni pun saya rasa sikit sangat...diorang ni lagi la kesian. Hmmph...R1
Kak Long: Nak buat macam mana, itu rezeki diorang.

*Ya Tuhan...tiba-tiba saya rasa saya sangat beruntung. Ketika saya masih cuba menyuarakan ketidakpuasan hati tentang gaji, Tuhan masih tunjukkan pada saya ada orang yang hidupnya lebih susah. Ketika saya rasa sayalah orang yang paling perlu berjimat-cermat, ada orang yang terpaksa mengikat perut.Ampunkan saya, ya Allah*
.
.
.
.
.
.
.
*******

Kerana sudah lama berada di atas tiada salahnya pabila DIA menghantar kita ke bawah untuk merasai kesusahan orang lain.

~Lalu air mata saya mengalir ketika saya mengadap Tuhan lewat Zohor tadi. Saya malu padaNya. Saya tidak bersyukur dengan apa yang DIA beri. Nasihat mak serasa bergema melantun di dinding musolla. "Sabar...sabar...nanti mesti ada rezeki yang lebih baik", merdu sekali suara mak.~


notakaki: Kawan-kawan, bila saya jumpa kamu dan saya masih merungut tentang gaji, tolong ingatkan saya, ya?saya tak mahu merungut lagi.Saya mahu belajar bersyukur.

Share

Tiada ulasan: