Selasa, Ogos 03, 2010

Ada Yang Tak Mampu Diucap

Sudah lama tidak menulis di sini. Di satu ruang yang satu masa dulu jadi medan saya meluahkan segala rasa.
Bukan saya sudah punya ruang lain untuk meluahkan rasa saya. Masih banyak cerita yang ingin saya kongsi dengan ruang gelap ini. Tapi kisah kisah itu banyak yang sedih daripada gembira. Sedih kerana sekeliling saya ramai insan yang berendam air mata. Emosi saya turut terpengaruh melihatkan mereka. Mudah sungguh hati saya beradun sama rasa dengan apa yang mereka rasa. Mereka meluahkan rasa sedih mereka pada saya-menangis di bahu saya. Lalu saya luahkan di ruang ini. Mengalirkan air mata di sini kerana di depan mereka saya perlu kuat. Perlu senyum untuk mengembalikan senyuman mereka.

Ruang gelap ini akan tetap jadi tempat saya meluahkan segala rasa duka. Segala rasa suka saya luahkan pada yang bernyawa. Agar sama sama boleh berkongsi tawa. Tangis saya biar saya sendiri rasa kerana saya punya ruang sendiri untuk meluahkannya. Saya masih cukup kuat untuk menanggung sengsara. Buat insan insan yang terlalu saya sayangi-di luar sana-yang membaca-teruskan bercerita dengan saya. Saya masih mampu memikul sedih mu-dukamu-tangismu. Masih mampu mengusap rambut mu agar segala resah itu hilang. Saya masih ingin cuba membuat kamu ketawa-kembali senyum ceria. Semoga saya takkan putus asa.....


Walau apa cara sekalipun, saya tetap nak tengok kamu senyum :)
Share

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana sedia mjd peneman & sudi mendengar rintihan...apa yg sy bole ckp...ailebiu...

lee_xa is Intan berkata...

saya akan terus meneman selagi d perlukan. ailebiu 2