Selasa, April 27, 2010

S.I.T.I (Geng....ini dari hati saya)

 Tak tahu dari mana saya nak mula. Satu penghargaan buat seseorang yang selalu saya ingati. Dia bukan kekasih hati tapi selalu ada di sisi. Setiap kesusahan saya-kegembiraan saya-kesedihan saya-dialah yang selalu jadi rakan kongsi. Siti Fatimah Mohd Noor. Jangan terkejut ya saya tulis pasal awak di sini. Yang paling penting sekali jangan marah sebab cerita ini saya pamer tanpa izin awak sendiri.

Awak ingat lagi kali pertama kita jumpa?Masa tu kita di tempat temuduga. Sempat juga kita berbual seketika. Saling berkenalan buat kali pertama. Bila saya dapat jawatan tu, awakla orang pertama dalam minda saya. Teringin sangat nak tau awak dapat ke kerja tu. rasa menyesal pula tak minta nombor telefon awak masa tu. Hari pertama lapor diri saya jumpa awak lagi. Mungkin bak kata orang kita ni ada chemistry. sebab tu la kita boleh serasi. Tak sangka kita terus jadi kawan sampai hari ini.

Kita mula rapat dari hari ke hari. Segala rasa semua kita kongsi. Yang paling buat saya ingat awak sampai hari ini-bila awak bertindak semacam pelindung saya waktu saya sendiri sendiri. Rasanya kerja saya tak sempurna kalau tak ada awak sekali. Awakkan yang selalu jadi rakan kongsi. Bila saya ada masalah awak pun sama susah hati. Sakit saya awak pun kalau boleh nak mc. Saya kan selalu ke hospital-itu pun awak nak ikut sekali. Awak kata kalau ada teman tak la saya bosan sendiri sendiri. Terharu saya sampai rasa air mata menitis dalam hati.

Pasal makan awak memang tak pernah lupakan saya. Apa yang awak makan lepas tu mesti awak bawa untuk saya pula. Tak dapat hari ini, esok lusa mesti ada. Bila bercakap pasal makan dengan awak perut saya mesti jadi lapar. Awak memang pandai buka selera saya. Dengar cerita awak, sudah cukup buat saya mengidam walaupun benda tu saya tak pernah rasa. Kata awak saya ni kurus. Mesti makan lebih sikit. Sebab tu bila saya kata tak ada selera awak mula cadangkan makanan yang enak enak untuk saya. Makan apa pun kalau dengan awak yang saya tak suka pun boleh jadi suka.



Bila awak tukar tempat kerja saya rasa dunia macam terhenti seketika. Tak dapat saya bayangkan bila saya ke pejabat awak tak ada. Kalau boleh saya tak mau awak berhenti. Kalau awak tak ada hilanglah perisai saya. Tapi saya tau awak akan selalu dekat dengan saya walaupun kita tak dapat selalu jumpa. Awak selalu sms saya. Tentang kesihatan saya tak pernah awak lupa. Pernah saya menangis baca mesej awak. Masa tu saya ada masalah berat.Rasanya tak mampu saya pikul seorang diri. Awak kata kalau awak dekat awak nak temankan saya. Duduk sebelah saya. Tenangkan saya. Redakan kesedihan saya.Gembirakan saya semula. Syahdunya ayat awak.

Syukur sangat Tuhan jumpakan awak dengan saya. Awak lah sahabat saya. Kalau satu hari nanti saya dapat kawan lagi, saya harap dia tak macam awak sebab saya nak cuma awak seorang je yang macam awak dalam hati saya. Sayang awak sangat sangat ;)


                                                                           S.I.T.I




*senyum sambil kesat air mata*

Share

Isnin, April 26, 2010

Jeles itu cemburu

Haishh.....bukan nak mengeluh.hakikatnya bila kita buat seseorang cemburu kita rasa seronok. terasa ada juga orang yang sayang pada kita. tapi bila orang itu yang buat kita rasa cemburu - SAKIT! tak sukanya perasaan ni. kenapa mesti cemburu pada sesuatu yang tak wujud?jawapannya sebab kita sayang orang itu. kalau boleh orang itu hanya untuk kita. orang lain jangan dekat! Benci la macam ni!!!! tolong jangan buat saya cemburu boleh tak? ramai orang yang dekat dekat dengan saya itu kamu tak perlu cemburu sebab kunci hati saya hanya ada pada kamu. asalkan kamu jaga baik baik hati saya, ia tetap milik kamu. tapi tolong juga jaga diri kamu. jangan bagi orang lain dekat dekat dengan kamu. saya tak pandai menghalang sebab saya EGO. jadi sebab itu kamu rasa saya tak apa apa. tapi dalam hati saya rasa nak merajuk pun ada.GERAM tau!kalau kamu buat macam tu lagi saya tak nak kawan kamu lagi.





*muram*

Share

Rabu, April 21, 2010

~ Kosong ~

Kotak idea saya kosong.
bukan kerana jiwa saya kosong, tapi kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan.
tak tau di mana harus saya mula. cerita dari hati yang berlumba lumba ingin keluar dahulu
terpaksa saya tahan tahan. keluar la satu persatu.ikut giliran. jangan rebut rebut. sebab kamu rebut rebut....nah hasilnya satu pun tak dibenarkan keluar. simpan dulu dalam hati. nanti bila semuanya tenang-tak ada lagi gelora....satu persatu saya bongkar. buat masa ini, kunci dulu pintu kuat kuat. tutup rapat rapat......




*rasa yang bercampur baur. seronok-gembira-suka-sedih-kasihan-keliru-celaru* Share

Isnin, April 12, 2010

Ketawa penawar duka

Cerita lama dari inbox saya....
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan
api bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Tahukah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini
kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan
semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan.

3. Tahukah anda sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40
km/j sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh
dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun
telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun
tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang
burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya
selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Tahukah anda selepas membaca fakta ini, 90% pembacanya bertindak seperti manusia tak normal kerana cuba menyentuh telinga sendiri menggunakan siku....hehehehe....
*org org kata blog saya ni syahdu.saya cuba pelbagaikan cerita supaya ada juga ceria di sini*
Share

Jumaat, April 09, 2010

Mari saya ceritakan tentang hati saya

Hati saya warna merah kerana saya tak mau hati yang hitam
kejam
Hati saya wangi kerana saya tak mau hati yang busuk
jijik
Hati saya tidak bulat macam bola
yang boleh ditendang sesuka hati
Hati saya tidak rapuh seperti kaca
yang tersentuh sedikit pecah berderai
Hati saya punya rasa
sayang-rindu-suka-sedih
kerana saya pun manusia-bukanlah sepanjang masa boleh ceria

pernah hati saya cuba disentuh-dicalar-direntap
mujur ia tetap teguh
gagah bak bahtera membelah samudera
tiada ia tergugah dengan ombak besar

saya manusia biasa
saya bukan orang suci
sebagai manusia, hati saya juga kadangkala terpesong
membisikkan onar
tapi saya mohon yang di luar sana
INGATKAN SAYA BILA DIRI SAYA MULA MENGIKUT KATA HATI
YANG SERINGKALI TERMAKAN HASUTAN NAFSU
agar saya tetap di landasan yang benar......
.
.
.
.
.
.
.
.



*sudah ada senyum di wajahnya. Mungkin hatinya sedang berbunga.*

Share

Selasa, April 06, 2010

Kasih dan Kasihan

sejak akhir2 ini saya diasak kisah duka sahabat2 saya
*Tersentuh hati*
ada yang baru dilukakan hatinya oleh si kekasih
ada yang sudah lama lukanya tapi masih berdarah calarnya
ada juga yang tercalar hatinya ditambah cuka pula pedihnya
melihat kesedihan mereka
syahdu rasa hati saya

Wahai lelaki
mengapa dihancurkan sekeping hati

yang mengingatimu tiada henti
yang telah memahat namamu dalam hati
yang mengharap cintamu sampai mati
tergamak pula kau mengkhianati

Dulu kau rayu cintanya
kau belai kasihnya
rupanya kau bersandiwara
tidakkah kau tahu
hati wanita ini selembut salju?

Sedang dia leka dengan bahagiamu
menyusur pelangi seiring kasihmu
menyanyi bersama ombak tentang lagu rindu padamu
berbicara bersama bulan hakikat cintanya terhadapmu
kau renggut segala rasa itu darinya
kau sketsakan sebuah kisah luka hidupnya
lenyap senyum indah diwajahnya
habis ghaib merdu nyanyiannya
terpaksa merelakan kesayangannya berlalu pergi
lantaran cintanya tak lagi dihargai

Wahai sahabat2 yang saya sayangi
usah lagi dikenang pada yang telah mengkhianati
lepaskanlah dia pergi
doakan dia bahagia bersama cinta sejati
sesungguhnya dia yang rugi lantaran tak menghargai
kasihmu yang tulus suci
di luar sana....belum tentu dia ketemu insan yang
menyintainya sepertimana kasihmu padanya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

:: buat sahabat2 saya yang sedang luka hatinya, cepat lupakan yang menyakitkan itu ya! menangis puas2 sekarang, lepas itu kamu jangan fikirkan dia lagi. saya sedih bila tak nampak manis senyum kamu. kalau boleh, saya ingin peluk kamu erat2. kalau kamu perlukan bahu untuk bersandar, telinga untuk mendengar, kamu cari saya, ya!walaupun dia sudah tidak sayang pada kamu, saya tetap sayang kamu sampai bila2::




Share