Jumaat, Mei 14, 2010

KALAM...bangunlah. Jangan terus terusan merintih

Saya sudah hampir pulih. Sudah jumpa jalan keluar dari rasa yang tidak enak itu. Saya sudah dapat semula tawa ceria saya. Sudah dakap kembali bahagia saya. Tapi dia sedang berduka. Sedang merintih rintih di satu sudut sana. Menangisi sebuah kehilangan - sebuah kehancuran cinta agung. Sangka saya dia kuat. Fikir saya hatinya teguh. Dari segi zahirnya dia yang saya kenali seorang yang sangat murah dengan senyuman. Sangat mudah menghulurkan bantuan. Rupa rupanya dia juga insan lemah. Terjelepok tika sang cinta meninggalkan dirinya. Dia yang sekarang bagai orang lain. Bukan dia yang selalu saya kenal dulu. Yang selalu ceria. Selalu mengusik. Yang kadangkala menjadi teman bergaduh saya. Sebagai rakannya saya terpanggil untuk melupakan duka saya agar bisa jadi kuat lantas menjadi tongkat untuk dirinya. Agar dia tak terus tersungkur. Agar dia boleh bangun.
Buat Kalam, cukup cukup lah menangis. Jika dia memang ditakdirkan untukmu, dia akan kembali. Tetapi seandainya dia bukan jodohmu, redha lah. Pasti yang terbaik ada sedang menanti diri mu di sana. Ingat janji Tuhan. Jodoh pertemuan, ajal dan maut biar DIA yang tentukan. Jangan pernah di kesali atas segala yang terjadi. Jangan sesekali ditutup pintu hati. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kamu. Saya mengerti kesakitan yang kamu alami. Rasanya seperti tidak mampu lagi untuk  melangkah di dunia ini. Sepertinya  hilang sudah sinar mentari. Lenyap sudah indah pelangi. Tapi jika kamu kuat, bangkitlah kembali. Biarkan sang pencinta itu bahagia dengan jalan yang dicari. Anggaplah sejarah cinta yang pernah terukir satu mimpi indah yang menemani lenamu. Kini kamu  berada di alam realiti. Bangkitlah dan terus berdiri. Jika kamu belum mampu untuk berlari, aturkan langkah cekalkan hati. Saya sudi menjadi rakan kongsi. Jika derita itu tak mampu kamu tanggung seorang diri, ingatlah saya sentiasa ada di sini. Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk buat kamu kembali senyum.




*sedih sangat saya bila air mata lelaki tumpah kerana cinta. Kalam pernah menjadi rakan sekerja saya dahulu. Dia yang saya kenal seorang yang ceria dan selalu membantu saya. Di tempat kerja saya dulu cuma saya seorang perempuan. Kalam antara rakan yang rapat dengan saya*Share

3 ulasan:

Unknown berkata...

thanks

lee_xa is Intan berkata...

most welkam....wake up oke? tinggalkan kesedihan tu di belakang. teruskan langkah mencari bahagia.

Unknown berkata...

kalam still x berdaya .... tapi insyaAllah kalam akan still ingat dia kalam x kan lupakan dia cume kalam mungkin x layak untuk dia ..ape pun kalam tetap akan menanti dan menanti